UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Noordin Abu Bakar, Abu Bakar Bhasah, Saad Noor Shah, Mohd Tajudin Nor‘ain,
Title :Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM (IR)
Place of Production :UPSI
Publisher :Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains dan Teknologi
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini rnempunyai dua tujuan. Pertama ialah untuk mengenalpasti pencapaian peperiksaan SPM dalam Matematik mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kedua ialah untuk meninjau secara mendalam tentang penguasaan pelajar dalam peperiksaan berkenaan. Instrumen kajian terdiri dari dua bahagian iaitu pertama meliputi persoalan demografi pelajar dan kedua pula ujian setara dengan ujian kertas peperiksaan Matematik Kertas 2 SPM 2001. Bagi tujuan pertama seramai 1329 pelajar telah dipilih dari zon utara, zon timur, zon tengah dan zon selatan untuk menjawab soalan ujian setara tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian keseluruhan pelajar adalah pada tahap sederhana dengan min markahnya 57.38. Pencapaian keseluruhan pelajar mengikut soalan Bahagian A dan Bahagian B adalah juga sederhana dengan min masing-masing adalah 29.3 (56.3%) dan 28.3 (58.9%). Pencapaian keseluruhan pelajar lelaki adalah lebih baik daripada pelajar perempuan. Pencapaian pelajar lelaki bagi Bahagian A dan Bahagian B juga adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa pencapaian pelajar dari jenis sekolah berasrama penuh adalah lebih baik daripada sekolah misionari, premier dan harian biasa dengan min markahnya 69.50. Didapati juga bahawa pencapaian pelajar daripada sekolah aliran agama secara keseluruhannya adalah lebih baik daripada pencapaian pelajar daripada sekolah aliran teknik dan harian biasa dengan min markahnya adalah 65.68. Bagi tujuan kedua pula seramai 85 orang pelajar Melayu daripada 18 buah sekolah telah dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu tidak menghadapi masalah bagi menjawab soalan Bahagian A yang melibatkan lima soalan di mana antara 50% hingga 90% dapat menjawab dengan baik kecuali soalan nombor 4 dan 5 yang melibatkan kemahiran kadar perubahan, dan gabungan rajah melibatkan perimeter dan isipadu. Kesalahan konsep adalah antara 1 COlo hingga 30% bagi soalan Bahagian A. Dapatan kajian juga mendapati penguasaan pelajar Melayu lelaki adalah lebih baik daripada pelajar Melayu perempuan bagi soalan-soalan Bahagian A. Bagi Bahagian B, didapati pelajar Melayu paling ramai memilih soalan 6 (graf), soalan 8 (penjelmaan), soalan 9 (pelan dan dongakan) dan soalan 12 (statistik). Penguasaan pelajar Melayu bagi soalan-soalan bahagian ini adalah baik di mana lebih daripacla 50% dapat menjawab soalan dengan betul kecuali beberapa kemahirankemahiran tertentu yang melibatkan tajuk-tajuk abstrak yang mana pelajar Melayu didapati melakukan kesalahan konsep yang serius. Secara keseluruhan, didapati penguasaan pelajar Melayu dalam soalan peperiksaan Matematik SPM adalah baik dan pelajar Melayu perempuan didapati melakukan kesalahan konsep bagi kemahiran-kemahiran tertentu lebih daripada pelajar lelaki.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)